sksbs.edu.my
Takwim SKSBS dan Jadual Waktu Kelas 2012
Ibu bapa /penjaga murid-murid SKSBS yang ingin mendapatkan Takwim Persekolahan SKSBS bagi tahun 2012 boleh memuat turun takwim tersebut di sini . Bagi melihat jadual waktu kelas pula, sila klik pada Jadual Waktu Kelas 2012 yang terletak di Menu Utama. Ini adalah bagi memudahkan pihak tuan/puan membuat perancangan bagi anak-anak tuan/puan.
Terakhir dikemaskini (Selasa, 27 Disember 2011 00:36)
HAC 2011, Cuti Akhir Tahun dan Yuran 2012
Pihak sekolah akan mengadakan Hari Anugerah Cemerlang 2011 pada 18 November 2011 (Jumaat) jam 8.00 pagi bertempat di Dataran Ilmu. Pada hari tersebut, murid-murid yang terlibat sahaja perlu hadir sementara murid-murid lain dibenarkan bercuti. Cuti Akhir Tahun 2011 akan bermula pada 19 November 2011 hingga 3 Januari 2012. Sekolah akan dibuka semula pada 4 Januari 2012 (Rabu). Mulai tahun 2012, murid-murid tidak perlu membayar yuran persekolahan kecuali sumbangan PIBG sebanyak RM50.00 bagi setiap murid. Bayaran tersebut adalah seperti yang telah dipersetujui secara sebulat suara semasa Mesyuarat Agung PIBG yang lalu. Bayaran tersebut boleh dibuat melalui guru kelas pada awal Januari 2012.
Terakhir dikemaskini (Khamis, 01 Disember 2011 03:17) Kelas Gitar dan DramPihak sekolah akan mengadakan kelas gitar dan dram bagi murid-murid sekolah ini yang berminat untuk mengikuti kelas tersebut dengan yuran yang berpatutan.Kelas tersebut akan dikendalikan oleh jurulatih luar yang berpengalaman serta dibantu oleh guru-guru muzik sekolah ini. Bagi murid-murid yang berminat untuk menyertai kelas tersebut atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila berhubung dengan Encik Mohd Haniff Adnan. Tempat adalah terhad. Terakhir dikemaskini (Selasa, 01 November 2011 04:37) |
Cuti Sempena Hari Raya Aidil AdhaSekolah akan bercuti sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha mulai 5 November (Sabtu) hingga 8 November (Selasa) dan akan dibuka semula pada 9 November (Rabu). Warga SKSBS mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Aidil Adha kepada semua murid dan ibu bapa yang meraikannya. Terakhir dikemaskini (Jumaat, 04 November 2011 02:35) Cuti DeepavaliSekolah akan bercuti sempena sambutan Hari Deepavali mulai 25 Oktober 2011 (Selasa) hingga 28 Oktober 2011 (Jumaat). Sekolah akan dibuka semula pada 31 Oktober 2011 (Isnin). Pihak sekolah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua murid dan ibu bapa yang meraikannya. Terakhir dikemaskini (Isnin, 17 Oktober 2011 02:47) |

